Assalamualaikum

Sabtu, 2 Julai 2011

Mukadimah

      Segala puji bagi Allah S. W. T, Tuhan yang sentiasa berkenan melimpahkan rahmatNya. Semoga selawat dan salam tetap dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W, penyejuk hati kita. Seterusnya ke atas keluarga dan para sahabat beliau serta mereka yang merekan yang mencontohinya dengan baik hingga Hari Kiamat.


      Saya tubuhkan blog ini untuk menyampaikan dakwah kepada umat manusia sekalian. Menyampaikan dakwah ialah ibsegala sunnah Nabi Muhammad S.A.W.. Firman Allah S.W.T dalam surah Fussilat ayat 33:










Maksud:- Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada ( mengesakan dan mematuhi perintah ) Allah
  
               Tidak ada perkataan yang setaraf dengan orang-orang yang berdakwah kepada umat manusia kepada Jalan Allah. Allah memberi ganjaran pahala yang besar kapada sesiapa yang berdakwah dengan hati yang ikhlas dan kerana Allah.  


       Saya harap para pengunjung menimba ilmu dan mandapat pahala dan saya juga mendapatnya. Saya juga harap blog ini berguna untuk kita semua.


( Uzair Nor Jasmin )
Penyelenggara.