Assalamualaikum

Ahad, 28 Ogos 2011

Menutup Aurat (Part 1)

Aurat ialah kehormatan diri. Sama ada lelaki atau perempuan, wajib menutup aurat seperti firman Allah dalam Surah Al-Ahzab ayat 59:-







Maksud: Wahai para-para nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak perempuanmu, dan wanita-wanita yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya untuk menutup aurat mereka ( semasa mereka keluar ); cara yang demekian yang lebih sesuai untuk mereka dikenal ( sebagai perempuan-perempuan baik ) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan ingatlah Allah maha Pengampun lagi maha Penyanyang.

Batasan Aurat Lelaki dan Perempuan

Lelaki: antara pusat hingga ke lutut
Perempuan: Selurah anggota badan kecuali muka dan tapak tangan

Persoalan:

Adakah memakai tudung wajib?

Jawapan: Tidak. memakai tidak sama sekali wajib TETAPI menutup rambut bagi kaum perempuan ada wajib

Hikmah menjaga aurat

  • Kehormatan diri terjaga
  • Taat kepada perintah Allah

Sabtu, 27 Ogos 2011

Al-Quran

Al-Quran ialah salah satu daripada 4 kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W oleh Allah S.W.T melalui perantaraan Malaikat Jibril. Al-Quran diturunkan secara berperingkat. Al-Quran ialah kitab suci yang memberi pentunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa seperti firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 2:-




Maksud:- Kitab ( Al-Quran ) yang tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi yang bertaqwa.

Al-Quranlah sumber pertama dalam mencari hukum-hakam Islam seperti kewajipan berpuasa dll. Ia juga wajib dipercayai sebab mempercayai Al-Quran ialah salah satu daripada Rukun Iman. Jika seseorang itu tidak mempercayai Al-Quran, maka iman dia terpesong.

Saya harap nota saya menjadim iktibar dan sampaikan kepada sesiapa yang tidak mengetahuinya.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Lailatul Qadar

Telah sampai kita ke penghujung Ramadhan, dan kita semua tahu telah lama bermula malam Lailatul Qadar. Anda tahukah apa itu Lailatul Qadar? Lailatul Qadar ialah malam turunnya Al-Quran dan malam itu lebih baik dari 1000 bulan seperti firman Allah dalam surah al-Qadr ayat 3:-



Maksud:- Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan.

1000 bulan bersamaan dengan 83 tahun. Menakjubkan tak? Rasulullah menggalakkan kita berqiyamullail pada malam tersebut. Apakah qiyamullail? Qiyamullail bermaksud bangun tidur. Maksud bangun tidur ialah bersolat, berzikir dah mambaca Al-Quran. Pahala kita akan dilipat gandakan oleh Allah dan doa kita akan dimakbulkan. Kita digalakkan untuk:-
  1. Solat Tahajjud
  2. Solat Taubat
  3. Solat Witir
  4. Solat Hajat
  5. Solat Tasbih
  6. Solat Terawih

  • Jika sudah solat witir semasa solat terawih, maka solat witir pada qiyamullail dibatalkan dalam hadith Rasullulah:-
عن علي انه قال: سمعت رسول الله صلي عليه وسلم يقول: لا وتران في ليلة

Maksud:- Dari Ali r.a berkata bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Tidak ada 2 witir pada satu malam.

Saya harap nota ini menjadi iktibar dan sampaikan kepada yang tidak mengetahuinya.