Assalamualaikum

Jumaat, 26 Ogos 2011

Lailatul Qadar

Telah sampai kita ke penghujung Ramadhan, dan kita semua tahu telah lama bermula malam Lailatul Qadar. Anda tahukah apa itu Lailatul Qadar? Lailatul Qadar ialah malam turunnya Al-Quran dan malam itu lebih baik dari 1000 bulan seperti firman Allah dalam surah al-Qadr ayat 3:-



Maksud:- Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan.

1000 bulan bersamaan dengan 83 tahun. Menakjubkan tak? Rasulullah menggalakkan kita berqiyamullail pada malam tersebut. Apakah qiyamullail? Qiyamullail bermaksud bangun tidur. Maksud bangun tidur ialah bersolat, berzikir dah mambaca Al-Quran. Pahala kita akan dilipat gandakan oleh Allah dan doa kita akan dimakbulkan. Kita digalakkan untuk:-
  1. Solat Tahajjud
  2. Solat Taubat
  3. Solat Witir
  4. Solat Hajat
  5. Solat Tasbih
  6. Solat Terawih

  • Jika sudah solat witir semasa solat terawih, maka solat witir pada qiyamullail dibatalkan dalam hadith Rasullulah:-
عن علي انه قال: سمعت رسول الله صلي عليه وسلم يقول: لا وتران في ليلة

Maksud:- Dari Ali r.a berkata bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Tidak ada 2 witir pada satu malam.

Saya harap nota ini menjadi iktibar dan sampaikan kepada yang tidak mengetahuinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan