Assalamualaikum

Ahad, 28 Ogos 2011

Menutup Aurat (Part 1)

Aurat ialah kehormatan diri. Sama ada lelaki atau perempuan, wajib menutup aurat seperti firman Allah dalam Surah Al-Ahzab ayat 59:-







Maksud: Wahai para-para nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak perempuanmu, dan wanita-wanita yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya untuk menutup aurat mereka ( semasa mereka keluar ); cara yang demekian yang lebih sesuai untuk mereka dikenal ( sebagai perempuan-perempuan baik ) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan ingatlah Allah maha Pengampun lagi maha Penyanyang.

Batasan Aurat Lelaki dan Perempuan

Lelaki: antara pusat hingga ke lutut
Perempuan: Selurah anggota badan kecuali muka dan tapak tangan

Persoalan:

Adakah memakai tudung wajib?

Jawapan: Tidak. memakai tidak sama sekali wajib TETAPI menutup rambut bagi kaum perempuan ada wajib

Hikmah menjaga aurat

  • Kehormatan diri terjaga
  • Taat kepada perintah Allah

Sabtu, 27 Ogos 2011

Al-Quran

Al-Quran ialah salah satu daripada 4 kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W oleh Allah S.W.T melalui perantaraan Malaikat Jibril. Al-Quran diturunkan secara berperingkat. Al-Quran ialah kitab suci yang memberi pentunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa seperti firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 2:-




Maksud:- Kitab ( Al-Quran ) yang tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi yang bertaqwa.

Al-Quranlah sumber pertama dalam mencari hukum-hakam Islam seperti kewajipan berpuasa dll. Ia juga wajib dipercayai sebab mempercayai Al-Quran ialah salah satu daripada Rukun Iman. Jika seseorang itu tidak mempercayai Al-Quran, maka iman dia terpesong.

Saya harap nota saya menjadim iktibar dan sampaikan kepada sesiapa yang tidak mengetahuinya.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Lailatul Qadar

Telah sampai kita ke penghujung Ramadhan, dan kita semua tahu telah lama bermula malam Lailatul Qadar. Anda tahukah apa itu Lailatul Qadar? Lailatul Qadar ialah malam turunnya Al-Quran dan malam itu lebih baik dari 1000 bulan seperti firman Allah dalam surah al-Qadr ayat 3:-



Maksud:- Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan.

1000 bulan bersamaan dengan 83 tahun. Menakjubkan tak? Rasulullah menggalakkan kita berqiyamullail pada malam tersebut. Apakah qiyamullail? Qiyamullail bermaksud bangun tidur. Maksud bangun tidur ialah bersolat, berzikir dah mambaca Al-Quran. Pahala kita akan dilipat gandakan oleh Allah dan doa kita akan dimakbulkan. Kita digalakkan untuk:-
  1. Solat Tahajjud
  2. Solat Taubat
  3. Solat Witir
  4. Solat Hajat
  5. Solat Tasbih
  6. Solat Terawih

  • Jika sudah solat witir semasa solat terawih, maka solat witir pada qiyamullail dibatalkan dalam hadith Rasullulah:-
عن علي انه قال: سمعت رسول الله صلي عليه وسلم يقول: لا وتران في ليلة

Maksud:- Dari Ali r.a berkata bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Tidak ada 2 witir pada satu malam.

Saya harap nota ini menjadi iktibar dan sampaikan kepada yang tidak mengetahuinya.

Ahad, 21 Ogos 2011

Zakat Fitrah

Telah hampir ke penghujung Ramadhan dan ada antara mereka yang telah membayar zakat fitrah dan ada yang akan bayar pada malam terakhir Ramadhan. Apakah zakat fitrah? Zakat fitrah ialah mengeluarkan harta dengan kadar yang tertentu diberikan kepada golongan yang tertentu dengan syarat yang tertentu. Hukum membayar zakat fitrah adalah WAJIB ke atas semua umat islam seperti firman Allah dalam surah Al-Baqarah atat 110:-

Maksud: Dan dirikanlah solat dan tunaikan zakat.

Dan juga dalam hadith Rasullulah:-
      
 عن جابر رضي الله عنه قال: قال رسول الله (ص) : " صوم شهر رمضان معلق بين السماء والارض ولا يرفع الا بزكاة الفطر


Maksud: Dari Jabir r.a berkata, Rasullulah bersabda: Puasa Ramadhan tergantung di antara langit dan bumi  dan ia tidak diangkat kecuali dengan zakat fitrah.

Puasa kita tidak diangkat jika kita tidak tunaikan zakat fitrah.

Saya harap nota saya ini menjadi iktibar dan sampaikan kepada orang yang tidak mengetahuinya.







    Kelebihan & Fadhilat Surah Al-Mulk & As-Sajdah


    Sebelum kita tidur, marilah bacalah Surah Al-Mulk & As-Sajdah mengikut hadis ini:

    Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir Berkata:
    " Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca Surah As-Sajdah dan Al-Mulk."

    Sebab apa?

    Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
    “Bacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah SWT memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah SWT menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari seksaan kubur.”

    Dan Nabi saw bersabda:
    “Saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku”.

    Keterangan:

    • Nabi suka kalau kita mengamal & menghafal surah ini.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
    “Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan ke-Islamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.

    Jadi, marilah kita amalkan & hafal surah-surah ini.


    Saya harap nota saya ini menjadi ikitbar dan sampaikan kepada sesiapa yang tidak mengetahuinya.

    Sabtu, 2 Julai 2011

    Mukadimah

          Segala puji bagi Allah S. W. T, Tuhan yang sentiasa berkenan melimpahkan rahmatNya. Semoga selawat dan salam tetap dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W, penyejuk hati kita. Seterusnya ke atas keluarga dan para sahabat beliau serta mereka yang merekan yang mencontohinya dengan baik hingga Hari Kiamat.


          Saya tubuhkan blog ini untuk menyampaikan dakwah kepada umat manusia sekalian. Menyampaikan dakwah ialah ibsegala sunnah Nabi Muhammad S.A.W.. Firman Allah S.W.T dalam surah Fussilat ayat 33:










    Maksud:- Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada ( mengesakan dan mematuhi perintah ) Allah
      
                   Tidak ada perkataan yang setaraf dengan orang-orang yang berdakwah kepada umat manusia kepada Jalan Allah. Allah memberi ganjaran pahala yang besar kapada sesiapa yang berdakwah dengan hati yang ikhlas dan kerana Allah.  


           Saya harap para pengunjung menimba ilmu dan mandapat pahala dan saya juga mendapatnya. Saya juga harap blog ini berguna untuk kita semua.


    ( Uzair Nor Jasmin )
    Penyelenggara.